Sejarah dan Keistimewaan Masjidil Haram
Posted by nakhodaragam on March 24, 2011 at 6:50 AM |
Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikatsebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempatsembahyang untuk mencerminkan al-Baytul-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islammempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atauSinggahsana Allah.
Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adamdengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencanadan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail, telah memperbaiki Kaabah,setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membinamasjid di sekitar Kaabah.
Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa dizaman Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah,Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermulapada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membelirumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuanperluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman ibn Affan pada kira-kira tahun 647Masihi.
Ini adalah sedikit dari sejarahnya, apapula kepentingan Masjidil Haram salah satu-satu nya masjidil haram terdapatdalamnya, Ka’bah, iaitu kiblat yang mana Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,
"sungguh Kami akan memalingkankamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arahMasjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu kearahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yangbenar daripada Pemelihara mereka" (2:144).
Arahan supaya memalingkan muka ke arahMasjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tigakali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turutmenyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,
“Dari mana sahaja kamu keluar,palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripadaPemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat."(2:149)
"Dari mana sahaja kamu keluar,palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada,palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).
Mengerjakan Hajiadalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalamkawasan Masjidil Haram, iaitu Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak7 kali dan Sa'ie, antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun darirukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidakmengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.
Terdapat di Dalam Kawasan Masjidil Haram, Makam Ibrahim (bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahimsebagaimana pendapat kebanyakan orang). Ia adalah merupakan bangunan kecil disebelah timur Kaabah.Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurgabersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahimberdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranyaNabi Ismailmemberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudahditutup dengan perak.
Batu Hajarul Aswadyang terletak di penjuru keempat Kaabah.Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telahbertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswadditurunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari saljitetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orangMusyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebutnescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadisRasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a.katanya, Rasulullah bersabda :" Hajarul Aswadditurunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia(anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Hijir Ismailyang mana merupakan pagar batu berlingkar 1.5meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Iadibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismailpada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah,Sultandan Rajaberkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.
Berdasarkan kepada sabda Rasulullah ,sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Inidiriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyahr.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyahr.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untukmelakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkanaku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijirjika kamu hendak masuk ke dalam Kaabahkerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luarsemasa mereka membina semula Kaabah".
Orang yang telah mengerjakan tawafdisunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepasberdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.
Dan juga terdapat dalam Masjidil Haram adalah telaga Zam Zam yang mana Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatankerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkanperut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadisNabi yang bermaksud:," Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:"sebaik-baik air dimuka bumiialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagipenyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Sekarang kawasantelaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi,akan tetapi pada tahun-tahun dahulu, jemaah-jemaah bolehlah memasuki tempat kawasantelaga tersebut dan melihat telaga tersebut yang dibelakang pagar kaca.
Ini adalah antaraistimewanya Masjidil Haram, yang mana jemaah yang sembahyang dalam masjidilHaram akan dilipat gandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.
0 komentar:
Posting Komentar